5 nelayan terselamat tembakan sekumpulan lelaki di laut Sabah

5 nelayan terselamat tembakan sekumpulan lelaki di laut Sabah

Polis mengesyaki suspek ialah penculik dari selatan Filipina dan tidak menolak kemungkinan 5 lelaki itu melepaskan tembakan untuk merompak atau menculik kumpulan nelayan berkenaan.

Gambar Blogspot
Gambar Blogspot
PETALING JAYA:
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah bot pukat tunda yang dinaiki mereka di perairan Segama, timur Sabah.

New Straits Times melaporkan 5 nelayan berusia 19 hingga 48 tahun itu tidak cedera dalam serangan 4.30 petang Khamis lalu.

Menurut sumber dipetik akhbar itu, kumpulan nelayan itu sedang menangkap ikan ketika mereka dihampiri sebuah kapal tidak dikenali.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Razarudin Husain dipetik China Press mengesahkan kejadian itu.

Katanya, polis sedang menyiasat kes itu dan mereka mengesyaki suspek ialah penculik dari selatan Filipina.

Beliau tidak menolak kemungkinan 5 lelaki berpakaian hitam yang menaiki sebuah kapal itu melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot pukat tunda terbabit untuk merompak atau menculik nelayan berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.