Pembangkang merepek, kata Rosmah

Pembangkang merepek, kata Rosmah

Isteri perdana menteri turut mendakwa tidak diberitahu suaminya mengenai tarikh pilihan raya umum ke-14.

Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau sendiri tidak tahu tarikh pilihan raya umum.
Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau sendiri tidak tahu tarikh pilihan raya umum.
KUALA LUMPUR:
Datin Seri Rosmah Mansor hari menasihatkan peneroka wanita di bawah agensi luar bandar kerajaan Felcra untuk menolak apa yang disifatkannya sebagai dakyah pembangkang yang memburuk-burukkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

“Jangan dengar cakap mereka yang merepak-repek,” kata isteri perdana menteri itu ketika berucap pada Konvensyen Perdana Wanita Dinamis Felcra (Wadira) di sini.

Felcra, atau Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan, ditubuhkan pada 1966 untuk membangunkan sektor luar bandar.

Rosmah berkata peneroka wanita Felcra perlu menumpukan tumpuan penuh untuk memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum akan datang.

“Kalau mereka cakap bukan-bukan, kita tutup telinga. Kalau mereka cakap dekat kawan kita, kita suruh mereka tutup telinga. Percayalah kepada kebolahan BN untuk memerintah negara bersama-sama,” katanya.

Sementara itu, Rosmah berkata beliau sendiri tidak tahu tarikh pilihan raya.

“Jangan tanya saya bila, sebab saya tidak tahu. Saya nak tanya (perdana menteri), saya takut. Orang ingat saya tak takut pada Datuk Seri Najib,” katanya.

PRU14 diadakan sebelum 14 Julai, kata Najib

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.