Lelaki direman 4 hari kerana larikan ambulans

Lelaki direman 4 hari kerana larikan ambulans

Ketika kejadian, petugas sedang membawa masuk pesakit ke zon kecemasan, meninggalkan ambulans tersebut dalam keadaan enjin masih hidup.

ambulans5j1
Gambar Facebook
KUCHING:
Seorang lelaki dipercayai bermasalah mental direman 4 hari bermula semalam bagi siasatan lanjut selepas melarikan sebuah ambulans dari Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini.

Perintah tahanan reman sehingga 24 Februari itu dikeluarkan Majistret Sandy Yvette Freddy bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari semalam, lelaki 36 tahun berasal dari Kampung Siol Kandis melarikan sebuah ambulans milik Pusat Perubatan Pakar KPJ yang diletakkan di luar zon kecemasan HUS.

Ketika kejadian, petugas KPJ sedang membawa masuk seorang pesakit ke zon kecemasan dan meninggalkan ambulans tersebut dalam keadaan enjin masih hidup.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Abang Junaidi Abang Annuar berkata lelaki tersebut berjaya diberkas selepas meninggalkan ambulans tersebut di Jalan Green, berhampiran Wisma Saberkas kira-kira pukul 1.50 tengah hari semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.