Penulis Arab Saudi disekat kerana kritik azan

Penulis Arab Saudi disekat kerana kritik azan

Mohamed Al Suhaimi berkata laungan azan yang kuat mengganggu kanak-kanak dan mereka yang tidur selain menggesa kurangkan jumlah masjid di kawasan kejiranan.

azan
RIYADH:
Arab Saudi pada Isnin mengeluarkan perintah larangan terhadap seorang penulis kerana mengeluarkan kenyataan negatif berkaitan “azan” yang dilaungkan untuk mengajak umat Islam menunaikan solat, lapor agensi berita China Xinhua memetik portal berita online tempatan, Sabq.

Penulis itu, Mohamed Al Suhaimi, dilarang daripada melakukan aktiviti penulisan dan media.

Mohamed turut dirujuk kepada jawatankuasa siasatan.

Baru-baru ini, Mohamed memaklumkan saluran berita MBC, yang berpangkalan di Dubai bahawa laungan azan yang kuat boleh mengganggu kanak-kanak dan mereka yang sedang tidur serta menggesa agar bilangan masjid di kawasan kejiranan dikurangkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.