Polis sedang kesan Namewee atas video ‘anjing’

Polis sedang kesan Namewee atas video ‘anjing’

Kes disiasat mengikut Sekyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

namawee-dog
KUALA LUMPUR:
Polis sedang mengesan penyanyi rap Namewee susulan klip video, “Like A Dog” yang menggores perasaan dan menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee dipercayai berada di luar negara ketika ini.

“Kita masih kesan beliau (Namawee)… dipercayai berada di luar negara. Siasatan dijalankan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis sudah membuka kertas siasatan terhadap penyanyi rap Namewee berhubung klip videonya itu.

Mohamad Fuzi berkata kes disiasat mengikut Sekyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Minggu lepas, Namewee memuat naik klip video terbarunya sempena Tahun Baru Cina bertajuk “Like A Dog”, memaparkan sekumpulan individu bertopeng anjing, didakwa mengandungi aksi tarian lucah berdekatan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.