90 penghuni berpindah selepas dinding hotel runtuh

90 penghuni berpindah selepas dinding hotel runtuh

Seorang warga emas dan kanak-kanak cedera akibat terkena serpihan batu, lapor bomba.

hotel-runtuh1
KUANTAN:
Seramai 90 penghuni sebuah hotel di Bukit Tinggi, Bentong terpaksa berpindah pada awal pagi tadi selepas sebahagian dinding hotel berkenaan runtuh.

Timbalan Pengarah Bomba Pahang Mohd Sani Harul berkata kejadian pukul 2.00 pagi itu menyebabkan seorang lelaki warga emas dan kanak-kanak lelaki cedera akibat terkena serpihan batu.

“Runtuhan melibatkan aras satu blok H hotel itu, kira-kira 84 meter persegi dan semasa kejadian semua penghuni hotel itu sedang tidur.

“Bomba telah mengarahkan supaya pengurusan hotel memindahkan semua penghuni di blok terbabit sebagai langkah keselamatan.

“Blok itu juga telah diarahkan ditutup sementara untuk pemeriksaan, sehingga ia disahkan selamat untuk didiami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sani menambah mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong.

Beliau berkata operasi yang turut disertai pasukan polis ditamatkan pada pukul 4.20 pagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.