
Pagar hotel mewah itu sebelum ini ditutup dan dikawal ketat unit keselamatan diraja, sementara sejumlah putera, bekas menteri dan hartawan perniagaan disoal siasat di dalam. Presiden Amerika Syarikat Donald Trump juga pernah menginap di hotel itu pada lawatannya tahun lepas.
Mereka yang ditahan sudah dibebaskan dari hotel itu sejak 2 minggu lepas. Kebanyakan daripada mereka dilepaskan selepas berurusan dengan pihak berkuasa atau dibebaskan begitu sahaja, yang menjadi satu petanda penangkapan besar-besaran yang mengejutkan komuniti perniagaan itu tidak berkesan.
Beberapa ahli perniagaan berpakaian segak yang terpaksa menginap di hotel lain sejak November lalu, kini sudah kembali ke Hotel Ritz-Carlton pada Ahad.
“Ia satu penghormatan untuk kembali ke sini,” kata seorang perunding warga asing sambil menunggi kereta mewahnya untuk ke kerja.
Katanya, usaha memerangi rasuah itu tidak memberi sebarang kesan kepada hotel 492 bilik itu yang mana harga bilik terendah adalah $650 (RM2,572) satu malam
“Anda akan lupa tentang harga itu sebaik tiba di bilik dan menikmati waktu sendiri.”
Lobi hotel yang serba mewah itu kelihatan normal. Pelayan beruniform berlegar bawah lampu candelier diiringi muzik akustik Arab berserta bau harum setanggi yang dibakar.
Pengurus hotel itu enggan ditemu bual, tetapi mereka mengesahkan hotel itu “kembali beroperasi seperti biasa bermula hari ini.”
Antara yang terkenal dalam kalangan mereka yang ditahan adalah pelabur global, Putera Waleed bin Talal dan Putera Miteb Abdullah, yang dahulunya pernah
Putera Miteb dibebaskan selepas bersetuju membayar lebih $1 bilion (RM3.96 bilion), kata seorang pegawai Saudi kepada Reuters.
Putera Alwaleed tidak mengaku terlibat dalam sebarang rasuah pada satu temu bual bersama Reuters beberapa jam sebelum dibebaskan.
Seorang pegawai kanan Saudi kemudian memaklumkan, beliau dibebaskan selepas membayar sejumlah wang. Terma pembayaran itu bagaimanapun tidak dimaklumkan.
Peguam negara Arab Saudi memberitahu, kerajaan sudah merancang untuk merampas lebih $106 bilion (RM419 bilion) menerusi perjanjian seperti itu, tetapi perkara itu masih belum disahkan Reuters.
Pengkritik mengutuk kempen itu sebagai cara memperoleh wang dan muslihat kuasa oleh Putera Raja Mohammed bin Salman yang berhasrat memulihkan kerajaan yang sangat konservatif itu dan mengubah kebergantungan negara itu terhadap hasil minyak.
Sepuluh hari sebelum penangkapan besar-besaran itu berlaku, Hotel Ritz-Carlton menjadi lokasi persidangan perniagaan antarabangsa di mana Raja Mohammed berucap di atas pentas dan sempat mengambil gambar bersama-sama peminat. Beberapa peserta kemudiannya ditangkap.
Susulan ketiadaan maklumat terperinci, pelbagai spekulasi tersebar berkenaan apa yang berlaku dalam hotel itu. Pihak berkuasa menafikan khabar angin mengatakan berlakunya penyeksaan dan cubaan bunuh diri.
Peguam negara Arab Saudi berkata seramai 56 tahanan masih di bawah jagaan. Mereka dipercayai dipindahkan ke penjara selepas enggan mengaku salah dan mungkin akan dihadapkan ke mahkamah.
Ahmed al-Safer, seorang ahli perniagaan warga Amerika-Yaman yang kerap menginap di Hotel Ritz-Carlton, singgah di hotel itu untuk minum petang bersama-sama rakan.
Apabila disoal jika penangkapan besar-besaran itu menjejaskan reputasi hotel itu, beliau berkata: “Kini hotel itu terkenal. Semua orang akan melawat hanya untuk ambil gambar.”
Ini antara orang kaya Saudi yang kini ditahan di Ritz Carlton