Polis tunggu laporan forensik CCTV kenal pasti individu curi iPhone guru

Polis tunggu laporan forensik CCTV kenal pasti individu curi iPhone guru

Kualiti visual menyebabkan polis tidak dapat mengesahkan imej individu dalam CCTV itu dan mereka memerlukan kepakaran forensik untuk meningkatkan kualiti visual.

Thaiveegan_penang
PUTRAJAYA: Polis masih menunggu laporan forensik mengenai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah di Nibong Tebal, Pulau Pinang bagi mengenal pasti individu yang mencuri telefon bimbit seorang guru.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata berdasarkan siasatan awal, pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada imej individu di dalam CCTV itu adalah pelajar tingkatan 2 yang meninggal dunia selepas cuba membunuh diri tempoh hari, berikutan kualiti visual tersebut.

“Setakat ini saya tidak boleh mengesahkan…visual itu sangat sukar untuk disahkan.

“Kami memerlukan kepakaran forensik untuk meningkatkan kualiti gambar atau visual dan sehingga itu, kita perlu menunggu,” katanya pada majlis perasmian Seminar Permuafakatan Pembangunan Nilai dan Sahsiah Murid, hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik sumber polis sebagai mengesahkan rakaman CCTV sekolah yang diperolehi menunjukkan gadis berusia 13 tahun yang cuba membunuh diri itu mengambil telefon bimbit milik gurunya.

Pelajar itu meninggal dunia pada 1 Februari lalu, selepas 7 hari koma daripada menggantung diri di dalam bilik di rumahnya akibat dituduh mencuri telefon bimbit gurunya pada 24 Januari lepas.

Thaiveegan berkata, laporan sedemikian boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

Ditanya bila CCTV itu diberikan kepada pihak forensik, beliau berkata, rakaman tersebut diserahkan sejurus pihaknya memulakan siasatan.

Ditanya bila kertas siasatan kes itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara selepas 3 kertas siasatan terdahulu dipulangkan, Thaiveegan berkata, ia bergantung kepada secepat mana laporan forensik CCTV tersebut diperoleh.

Guru bawa Vasanthapiriya minum di kantin sebelum bunuh diri, kata saksi

Vasanthapiriya, remaja dituduh curi iPhone, meninggal dunia

CCTV footage showed Vasanthapiriya taking iPhone, says report

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.