
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Ajinomoto berkata, pengambilalihan itu selari rancangan jangka panjangnya untuk meluaskan operasi dan membesarkan kemudahan perkilangannya supaya sejajar permintaan semakin meningkat ke atas keluaran produk syarikat.
“Kami merancang membangunkan kemudahan perkilangan yang baharu di kawasan itu yang dijangkakan dapat mengukuhkan kecekapan syarikat dalam menyediakan produk berkualiti kepada pelanggan.
“Pada masa ini, masih terlalu awal untuk menentunkan jumlah kos pembangunan atau bila operasi akan bermula. Kos pembangunan akan dibiayai menerusi dana dalaman dan pinjaman bank, jika diperlukan,” kata syarikat itu.
Tabung Haji melantik THP Enstek Development Sdn Bhd sebagai peguam untuk jualan tanah itu.