Kes bocor maklumat: Polis akan ambil keterangan wakil rakyat DAP

Kes bocor maklumat: Polis akan ambil keterangan wakil rakyat DAP

Keterangan Ngeh diperlukan untuk melengkapkan siasatan kes kebocoran maklumat sulit fail kerajaan negeri.

polis-ngah-ku-ham
IPOH: Polis akan mengambil keterangan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham berhubung siasatan kes kebocoran maklumat sulit fail kerajaan negeri.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata keterangan Ngeh yang juga Adun Sitiawan diperlukan untuk melengkapkan siasatan.

“Sepucuk surat telah dihantar pada 26 Jan lalu kepada Ngeh bagi tujuan menjemput beliau memberi percakapan kepada pegawai penyiasat kanan polis.

“Polis sedang melengkapkan siasatan bagi tujuan menyemak sama ada kes tersebut mempunyai keterangan yang mencukupi atau tidak dan kes itu kini dalam proses polis untuk membuat keputusan terhadap kes yang disiasat mengikut Akta Hasutan 1948,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan kes itu menumpukan isu jenayah sebagaimana yang dilaporkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Hasnan berkata keterangan kesemua saksi yang terlibat dalam kes itu telah diambil dan mereka memberi kerjasama sepenuhnya bagi pihak polis mendapatkan keterangan berkaitan.

“Sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada beliau, pihak polis akan menggunakan peruntukan Seksyen 111 Kanan Prosedur Jenayah (Akta 593) sebagai satu arahan untuk beliau menghadiri penyiasatan ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.