
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, kejadian itu menimpa Mohd Riduan Hakim Abd Rashid, murid tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat kira-kira 2 petang.
“Siasatan mendapati mangsa mengikut ahli keluarga pergi ke kebun mengait sawit pada 9.30 pagi kerana cuti sekolah.
“Semasa salah seorang ahli keluarga mangsa sedang mengait sawit, tiba-tiba buah sawit yang dikait telah jatuh bersama sabit melalui kayu kait dan sabit berkenaan melantun mengenai bahagian kiri dada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Marzukhi berkata, mangsa dikejarkan ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia sebelum mayat itu dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat.
“Polis menerima maklumat kematian kanak-kanak itu kira-kira 3.45 petang,” katanya.