
“Mulai hari ini, masyarakat India boleh terus melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia dengan tambahan sebanyak 1.5 bilion unit khusus buat mereka seperti yang saya umumkan dalam #Bajet2018.
“Semoga ini dapat meningkatkan lagi pemilikan saham dalam kalangan masyarakat India,” katanya menerusi catatan dalam akaun Twitternya @NajibRazak, hari ini.
Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam, dalam sidang media di Putrajaya pada 23 Jan lalu berkata, inisiatif itu dijangka memanfaatkan kira-kira 50,000 masyarakat India di negara ini.
Menurutnya, pengagihan AS1M oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) iaitu anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), dibuka sehingga ia habis dilanggan.