Kebakaran hospital di Korea Selatan korbankan 31 orang

Kebakaran hospital di Korea Selatan korbankan 31 orang

Seramai 52 orang, kebanyakannya pesakit dipindahkan ke 4 hospital berdekatan, kata pihak berkuasa.

miryang
MIRYANG: Seramai 31 orang terbunuh manakala lebih 40 lain cedera, dalam kebakaran sebuah hospital di bandar tenggara Miryang pada awal Jumaat, lapor agensi berita Yonhap.

Menurut pihak berkuasa, kebakaran dipercayai bermula kira-kira pukul 7.30 pagi di bilik kecemasan di tingkat pertama bangunan utama Hospital Sejong.

Kebakaran dapat dipadamkam kira-kira 2 jam kemudian. Hampir 100 pesakit dipercayai berada dalam bangunan hospital ketika kejadian.

Seramai 52 orang, kebanyakannya pesakit dipindahkan ke 4 hospital berdekatan, kata pihak berkuasa. Sementara, 93 pesakit dari bangunan bersebelahan berjaya dipindahkan dan semua dilaporkan selamat.

Identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.