Pek ‘kiddie’ bukan penyelesaian masalah rokok

Pek ‘kiddie’ bukan penyelesaian masalah rokok

Kata i-Medik, cadangan tersebut yang dibangkitkan pelobi industri tembakau baru-baru ini bukanlah langkah penyelesaian menangani gejala rokok di negara ini.

rokok_600
KUALA LUMPUR:
Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) membantah cadangan penjualan semula rokok bungkusan kecil atau “kiddie pack”, iaitu pek rokok 10 batang.

Ketua Unit Kawalan Rokok dan Vape I-Medik, Dr Ahmad Farid Nazmi berkata cadangan tersebut yang dibangkitkan pelobi industri tembakau baru-baru ini bukanlah langkah penyelesaian menangani gejala rokok di negara ini.

Menurutnya cadangan itu juga bertentangan dengan Artikel 16 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) – Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) yang dikuatkuasakan Malaysia pada 2010.

“Artikel itu dikuatkuasakan Malaysia bagi melarang penjualan ‘kiddie pack’ dalam membendung masalah merokok dalam kalangan perokok remaja.

“Kerjasama pelbagai pihak termasuklah agensi kerajaan dan swasta juga pertubuhan bukan kerajaan amat diperlukan untuk terus mempertahankan penguatkuasaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kerajaan tidak sesekali menyokong cadangan industri tembakau untuk mengembalikan semula bungkusan rokok “kiddie pack” atau pek mini bagi menangani penularan rokok haram.

Tambahnya cadangan itu alasan pelobi industri ia mampu mengekang kegiatan rokok seludup dan haram yang menyebabkan peningkatan perokok di negara ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.