Tune Talk lantik CEO baharu ganti Jason Lo

Tune Talk lantik CEO baharu ganti Jason Lo

Pelantikan itu selepas 4 bulan Jason Lo menafikan beliau ditahan di Dubai kerana dadah.

tune-talk
PETALING JAYA: Tune Talk Sdn Bhd melantik ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu untuk menggantikan Jason Lo, selepas 4 bulan penyanyi itu menafikan laporan beliau ditahan di Dubai kerana dadah.

Syarikat telekomunikasi berkait Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mengumumkan pelantikan Ameen Amaendran Abdullah, semalam.

Pelantikan itu turut diumumkan di Facebook syarikat itu yang memaparkan rakaman Ameen bersama kakitangan Tune Talk meniru gaya penyanyi Dua Lipa dalam klip video lagu “New Rules”.

“Memperkenalkan, ketua pegawai eksekutif baharu kami, Ameen Amaendran Abdullah. Orang berbeza, tetapi sama uniknya. Selamat datang ke keluarga #TuneTalk,” tulis Ameen di Twitternya semalam.

https://www.facebook.com/tunetalk/videos/10156061308508114/

Ameen pernah mengetuai syarikat telekomunikasi RedOne dan menjadi ketua segmen pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO) dan migran di Celcom.

Beliau menggantikan Lo yang mengakui ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada 18 September lalu, tetapi menafikan ia disebabkan penemuan dadah dalam bagasinya.

Lo berkata, beliau membantu kawannya yang cuba meleraikan pergaduhan dengan seorang lelaki yang kemudiannya didapati adalah seorang pegawai polis tanpa seragam.

“Saya dihantar ke lokap dan lelaki ini pula berminggu-minggu menangguhkan kenyataannya. Ia amat teruk. Tidak seteruk semua khabar angin yang saya dipenjarakan atas pelbagai sebab lain.”

November lalu, Lo memberitahu FMT tiada orang boleh melarikan diri dari Dubai yang terkenal dengan penguatkuasaan ketat ke atas jenayah, selepas didakwa melakukan jenayah serius seperti memiliki dadah.

Lo ditahan sehari sebelum persidangan telekomunikasi antarabangsa “Telecoms World Middle East 2017” di Dubai dari 19 dan 20 September lalu, di mana beliau ialah salah seorang speaker acara itu.

 

Hentikan khabar angin tak masuk akal, kata Jason Lo

Jason Lo: Sayalah yang ditangkap di Dubai, tetapi…

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.