
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata pelan tersebut boleh dilaksanakan awal jika ia dilihat penting demi kebaikan negara.
Katanya, ia sebagai langkah awal kerajaan dalam menangani masalah masa depan negara yang dikenal pasti melalui TN50.
“Ia antara contoh bagaimana idea-idea yang datang dari TN50 sejak tahun lepas.
“Ada banyak lagi, tetapi Celcom yang pertama menyahut aspirasi ini untuk dilaksanakan membuktikan kempen atau usaha boleh dijalankan sebelum pelancaran dasar TN50 sendiri,” katanya pada perasmian program “Parents Unite for Online Safety” di Menara Celcom di Kuala Lumpur hari ini.
Khairy berkata pihaknya dengan kerjasama pihak Celcom Axiata Berhad melancarkan Program Kesedaran Atas Talian Celcom mendukung aspirasi TN50 buat kali pertama dengan kerjasama beberapa syarikat korporat bagi menangkis kadar kes berkaitan siber yang semakin meningkat.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Michael Kuehner.
Program tersebut turut mendapat kerjasama Brainy Bunch International Islamic Montessori, Protect and Save Children dan Kumpulan Wanita Ikram.
Melalui program “Perents Unite for Online Safety” sebanyak 175 Pusat Internet 1 Malaysia di seluruh negara akan dilengkapi dengan “kidsafe” iaitu aplikasi penapisan internet.
Aplikasi itu turut membantu ibu bapa mengawal penglibatan anak-anak mereka menggunakan media sosial.
Sementara itu Khairy berkata terdapat beberapa lagi aspirasi janaan TN50 kerjasama dengan syarikat korporat, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan akan diumumkan dalam masa 2 hingga tiga minggu akan datang.
“Ianya akan dilaksanakan sebelum aspirasi belia TN50 dilancarkan awal bulan depan,” katanya.