
“Belum lagi setakat ini,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Azam Baki kepada FMT hari ini.
Beliau berkata, SPRM turut mengambil keterangan “sekurang-kurangnya 10 orang” terdiri daripada pegawai kerajaan negeri dan syarikat terbabit dalam projek itu, di 12 lokasi berlainan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, hari ini.
Katanya, pegawai SPRM turut pergi ke Komtar petang tadi untuk mengambil beberapa fail tambahan berkaitan projek berkenaan.
Semalam, seorang timbalan pengerusi sebuah syarikat swasta berpangkat “Datuk” direman 6 hari bagi membantu siasatan. Difahamkan, lelaki itu yang ditahan SPRM Putrajaya disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 kerana meminta rasuah.
Pegawai SPRM juga dilaporkan menyerbu pejabat beberapa agensi kerajaan dan syarikat swasta di Pulau Pinang yang terbabit dalam projek terowong itu, selain merampas beberapa dokumen bagi membantu siasatan.
Media melaporkan projek itu disiasat sejak 2016 dan masih diteruskan sehingga kini. Astro Awani melaporkan Guan Eng sedikit terkejut dengan perkembangan itu dan berkata projek diberi kepada pemaju menerusi proses tender terbuka di bawah pantauan syarikat perakaunan antarabangsa.
Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2km itu menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan 3 jalan utama, dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd yang dijadualkan bermula 2023.
Projek itu adalah sebahagian Pelan Induk Pengangkutan (PIP) kerajaan Pulau Pinang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.
Projek terowong: SPRM serbu syarikat, pejabat kerajaan Pulau Pinang