
Agensi anti rasuah itu turut mengesahkan kepada FMT mereka “mengambil” beberapa dokumen.
Sebuah syarikat di Batu Maung, sebuah syarikat pembinaan di Menara Boustead, Kuala Lumpur, pejabat Jabatan Kerja Raya di Sungai Pinang dan 3 agensi kerajaan berlainan di Komtar antara agensi terbabit dalam pemeriksaan itu.
Agensi itu termasuk pejabat setiausaha kerajaan negeri Pulau Pinang, Jabatan Penilaian serta Jabatan Tanah dan Galian.
Seorang sumber SPRM ketika dihubungi berkata, mereka “mengambil beberapa dokumen”, tetapi enggan mengesahkan lokasinya.
Sabtu lalu, Parti Cinta Malaysia membuat laporan ke-2 kepada SPRM di Putrajaya berhubung bukti baharu yang dikaitkan dengan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2km itu yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan 3 jalan utama, dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd yang dijadualkan bermula 2023.
Projek itu adalah sebahagian Pelan Induk Pengangkutan (PIP) kerajaan Pulau Pinang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.