
“Lelaki tempatan berusia pertengahan 30-an itu mempunyai sejarah penyakit mental,” kata Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar dalam satu kenyataan hari ini.
Marzukhi berkata, polis berjaya mengesan lelaki itu susulan siasatan yang dijalankan selepas sekurang-kurangnya 3 rakaman video lelaki bogel berkenaan menunggu motosikal di Teluk Intan tersebar di media sosial, lapor Malay Mail Online.
Dalam satu rakaman video itu, lelaki terbabit dilihat menghentikan motosikalnya dengan tenang di satu persimpangan lampu isyarat yang sibuk, bersebelahan kenderaan lain.
Dalam 2 lagi klip video, beliau selamba menunggang motosikalnya menyusuri jalan, walaupun ada beberapa kenderaan menghalang laluannya.
Dalam semua video itu, beliau nampaknya tidak sedar atau tidak mempedulikan tumpuan orang ramai ke atasnya.
Marzukhi berkata, polis sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.