
Beliau bagaimanapun menafikan tindakannya itu untuk mempertahankan pengerusi Pakatan Harapan itu, sebaliknya ia adalah realiti di mana Dr Mahathir sekadar mematuhi perintah Yang di-Pertuan Agong ke-8, Sultan Iskandar Sultan Ismail.
“Saya bukan mempertahankan Dr Mahathir, itu sebabnya saya cakap anda mungkin tidak menyukainya tetapi itulah fakta. Saya bukan main politik tapi menggunakan fakta.
“Saya terpaksa menggunakan namanya dan pejabatnya untuk tujuan menetapkan satu tribunal.
“Pejabat Peguam Negara, pejabat saya menyediakan dokumen, komunikasi dijalankan antara istana dan diuruskan oleh Jabatan Perdana Menteri,” katanya pada sidang media di Kelab Golf Seri Selangor, hari ini.
Semalam, Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau berani bersumpah menggunakan al-Quran bagi membuktikan dirinya tidak terbabit dalam pemecatan Salleh pada 1988.
Sebaliknya, beliau menuding jari ke arah Abu Talib yang menggunakan namanya untuk melindungi Yang di-Pertuan Agong ketika itu atas pemecatan itu.
Mengulas lanjut, Abu Talib berkata, ada beberapa pihak mempolitikkan pemecatan Salleh dan menjadikannya isu peribadi.
“Ianya telah diselesaikan pada 1988, kenapa nak buka semula (isu pemecatan Salleh)?”
Katanya, prosedur memecat Salleh dilakukan mengikut Perkara 125 (3) Perlembagaan Persekutuan dan tribunal kehakiman ditubuhkan berdasarkan cadangan perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Oleh kerana kedua-duanya bersetuju tindakan harus diambil, saya menyediakan kertas-kertas yang diperlukan untuk menetapkan satu tribunal.
“Untuk tujuan inkuiri tentang salah laku…bagi memecat ketua hakim negara.”
Dr M: Peguam negara guna nama saya, bukan saya pecat Salleh Abas