
Syarikat beras negara itu memberitahu akhbar Singapura, Strait Times (ST), bahawa syarikat membeli hanya sekitar 30% daripada keseluruhan padi yang dihasilkan dalam negara, manakala selainnya diproses oleh pekilang beras lain.
Bernas juga dilaporkan berkata syarikat tidak mencuba untuk meminggirkan beras tempatan.
Bernas berkata kadar pengurangan seluruh negara sebanyak 23.6%, untuk bahagian produk yang dihasilkan oleh petani yang ditolak kerana bendasing, adalah lebih rendah daripada dakwaan NGO Padi Rescue.
Laporan itu berkata sebahagian daripada tanggungjawab sosial Bernas adalah menjadi pembeli jalan terakhir untuk padi tempatan.
“Ada masanya kita membeli padi yang ditolak kerana tiada nilai komersial daripada petani,” kata Bernas menurut laporan itu.
Pada 29 November, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa kerajaan mengambil langkah menghalang Bernas memulakan tindakan undang-undang terhadap Padi Rescue berkaitan dengan memorandum yang diserahkan kepada perdana menteri pada 20 Oktober.
Memorandum itu menyeru penubuhan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN), yang mana fungsinya diambil alih Bernas pada 1994, untuk mengawal selia industri beras negara.
Bernas, yang dikuasai taikun Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, sekarang ini merupakan pemegang permit tunggal untuk import beras di Malaysia.
Menurut laporan ST, Padi Rescue juga mendakwa Bernas meningkatkan import beras murah gred rendah dan menyebabkan pekilang beras kecil tutup dengan memonopoli rantaian pengeluaran beras.
Ia mendakwa Bernas tidak membantu para petani dan pekilang meningkatkan ekonomi hidup mereka, sebaliknya tertumpu kepada memaksimumkan keuntungan sendiri.
Bernas dilaporan berkata syarikat melaksanakan peranan membantu petani dan pekilang dengan menyediakan pinjaman kewangan dan skim bantuan untuk pekilang, dan keuntungan mereka adalah wajar kerana ia disalurkan semula sebagai biaya program itu.
Sementara itu, seorang penganalisis politik di Kumpulan KRA, Amir Fareed Rahim, dilaporkan berkata petani beras dan komoditi asasi adalah isu sensitif, terutamanya bagi bank undi pedalaman di nusa teras Melayu.
“Ia isu kritikan yang BN (Barisan Nasional) perlu cuba selesaikan, terutamanya kerana Kedah ialah negeri di mana pembangkang dan kerajaan mempunyai tahap sokongan yang sama dan salah satu medan pertempuran hadapan pada pilihan raya umum nanti,” katanya.
“Mendiamkan diri tanpa cuba menyelesaikannya akan jadi amat berbahaya (buat kerajaan BN),” tambahnya.