Polis: BMW gilis mangsa bunuh di stesen minyak JB ditemui

Polis: BMW gilis mangsa bunuh di stesen minyak JB ditemui

Ketua polis Johor berkata, orang ramai menemui kereta yang digunakan untuk menggilis lelaki berusia 44 tahun itu, di sebuah ladang kelapa sawit di Pontian.

Mohd-Khalil-Kader-Mohd-bunuh-gilis-jb
PETALING JAYA:
Kereta BMW putih yang digunakan dalam kes membunuh dan menggilis seorang lelaki sehingga mati di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru, baru-baru ini ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Air Baloi, Pontian.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dipetik The Star berkata, orang ramai menemui kereta itu yang dianggap polis sebagai satu daripada 2 senjata membunuh mangsa berusia 44 tahun itu, ditinggalkan di lokasi terbabit Selasa lalu.

“Kereta itu ditemui tanpa nombor pendaftarannya,” katanya dipetik The Star pada sidang media di Johor Bahru, hari ini.

Khalil berkata, polis membebaskan 4 daripada 15 suspek yang ditahan berkaitan kes itu.

“Kami masih mencari 3 lagi suspek utama bagi membantu siasatan kami dalam kes bunuh di stesen minyak itu.”

Tan Aik Chai meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam tepat pada jantung sebelum digilis kereta BMW yang dinaiki 4 suspek di stesen minyak Taman Pelangi, pada 17 Disember lalu.

Ketika kejadian, mangsa dan isterinya berhenti di stesen minyak berkenaan untuk mengisi angin tayar keretanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kejadian itu berpunca daripada perselisihan 2 kumpulan kongsi gelap.

Zahid: Kes bunuh-gilis JB akibat salah faham 2 geng kongsi gelap

Lelaki dibunuh di khalayak ramai di stesen petrol JB

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.