Guatemala ikut langkah AS pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

Guatemala ikut langkah AS pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

Guatemala menyertai segelintir negara yang mengundi menolak resolusi PBB.

Jimmy-Morales_baitulmaqdis_60
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berterima kasih kepada Guatemala dengan ucapan “Semoga Tuhan memberkatimu” pada Isnin kerana memutuskan untuk memindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis, sementara orang Palestin menuduh negara Amerika Tengah itu “berada di sisi sejarah yang salah”.

Presiden Guatemala Jimmy Morales di Facebook pada Ahad berkata dia membuat keputusan memindahkan kedutaan dari Tel Aviv, iaitu memihak kepada Amerika Syarikat dalam pertikaian mengenai status Baitulmaqdis, selepas bercakap dengan Netanyahu.

Presiden AS Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember, menterbalikkan dasar AS dan menyinggung dunia Arab dan sekutu Barat.

Pada Khamis, 128 negara membidas Trump dengan menyokong resolusi tidak mengikat Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru AS mengugurkan pengiktirafan itu.

“Semoga Tuhan memberkatimu, sahabatku, Presiden Jimmy Morales, semoga Tuhan memberkati kedua-dua negara kita, Israel dan Guatemala,” kata Netanyahu dalam ucapannya pada mesyuarat mingguan parti Likud di Parlimen.

Guatemala dan jirannya, Honduras adalah 2 daripada segelintir negara yang menyertai Israel dan AS, yang berikrar akan memindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis, mengundi menolak resolusi PBB itu.

AS adalah sumber bantuan penting untuk Guatemala dan Honduras, dan Trump mengancam akan memotong bantuan kewangan kepada negara yang menyokong resolusi PBB.

Status Baitulmaqdis antara halangan paling sukar dalam perjanjian damai Israel-Palestin. Warga Palestin mahu timur kota itu sebagai ibu negara yang mereka mahu tubuhkan di Tebing Gaza dan Semenanjung Gaza.

Masyarakat antarabangsa tidak mengiktiraf kedaulatan Israel di seluruh kota itu, yang menempatkan kawasan suci untuk agama Islam, Yahudi dan Kristian.

Agensi berita rasmi Palestin, WAFA memetik Menteri Luar Riyad Al-Maliki sebagai berkata Morales “mengheret negaranya ke sisi sejarah yang salah dengan melanggar undang-undang antarabangsa secara terang-terangan”.

Sebelum 1980, Guatemala – bersama Bolivia, Chile, Colombia, Costa Rica, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, Haiti, Belanda, Panama, Venezuela dan Uruguay – mempunyai kedutaan di Batulmaqdis.

Tindakan Israel meluluska undang-undang yang mengisytiharkan Baitulmaqdis “ibu negara yang tidak dapat dibahagikan dan abadi” pada 1980 membawa kepada resolusi Majlis Keselamatan PBB mendesak negara terbabit memindahkan kedutaan ke Tel Aviv.

Duta Israel ke Guatemala, Matty Cohen, berkata pada Army Radio bahawa tiada tarikh ditetapkan untuk memindahkan kedutaan, “tetapi ia akan berlaku selepas” AS memindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis. Pegawai kerajaan AS berkata langkah itu mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.