Azwan ke SPRM serah bukti salah laku kerajaan Selangor pimpinan Azmin

Azwan ke SPRM serah bukti salah laku kerajaan Selangor pimpinan Azmin

Selebriti kontroversi itu membawa satu sampul dipercayai mengandungi dokumen bagi membuktikan salah laku yang didakwanya sedang disiasat SPRM.

azwan
Azwan Ali tiba di perkarangan Ibu Pejabat SPRM pagi ini dengan membawa satu sampul dipercayai berisi dokumen bagi membuktikan salah laku dan rasuah kerajaan Selangor pimpinan abangnya.
PUTRAJAYA:
Selebriti kontroversi, Azwan Ali hari ini hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyerahkan bukti dan memberi keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam kerajaan Selangor pimpinan Datuk Seri Azmin Ali.

Adik kepada menteri besar Selangor itu tiba di perkarangan Ibu Pejabat SPRM kira-kira 10.05 pagi dengan Toyota Alphard berwarna hitam.

Beliau turut membawa satu sampul dipercayai mengandungi dokumen bagi membuktikan salah laku yang didakwanya sedang disiasat SPRM.

Kelmarin, media melaporkan Azwan menemui Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim bagi membuat aduan berhubung salah laku dan rasuah membabitkan ahli keluarganya.

Selebriti itu mahu menunjukkan bukti kepada Razali, tetapi ahli Majlis Tertinggi Umno itu menolak dan menyarankan beliau menyerahkan dokumen itu kepada SPRM.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.