
World Organisation for Renaissance of Arabic Language (Woral) aka berperanan sebagai pusat memperkasa bahasa Arab di Asia Tenggara, menurut Timbalan Naib Canselor Usim, Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.
Susulan itu, sebuah sudut bahasa Arab ataupun “Ruknu Arabi” akan diwujudkan di perpustakaan Usim dalam usaha mengembalikan kegemilangan bahasa Arab di rantau ini.
“Pihak Woral meletakkan harapan yang sangat tinggi serta begitu yakin dengan Malaysia,” kata Hassan dipetik Bernama pada majlis perasmian hari ini.
Laporan itu berkata peruntukan RM700,000 disediakan Qatar Foundation dan Woral.
Sementara itu, Hari Bahasa Arab Sedunia 2017 akan disambut 6 hari buat pertama kali di Malaysia, selepas ia sebelum ini diraikan di Qatar.