Apandi digesa lantik peguam wakili Malaysia dalam saman DoJ

Apandi digesa lantik peguam wakili Malaysia dalam saman DoJ

Haniff Khatri Abdulla menyifatkan Apandi Ali sekadar 'jaguh kampung' kerana gagal memberi maklum balas terhadap kenyataan rakan sejawatan dari AS mengenai skandal 1MDB,

Haniff-Khatri-apandi
PETALING JAYA: Peguam Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Tan Sri Mohamed Apandi Ali patut melantik seorang peguam untuk campur tangan dalam saman sivil 1MBD dan membuktikan kenyataan terbaru oleh peguam negara Amerika Syarikat (AS) tidak benar.

Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, campur tangan sedemikian akan membolehkan Malaysia membuktikan penemuan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) tidak benar di mahkamah negara itu.

“Kegagalan Apandi bertindak dalam perkembangan terkini bermakna AG (peguam negara) kita hanyalah juara kampung,” katanya dalam catatan blognya.

Haniff berkata, campur tangan sedemikian juga akan membolehkan Malaysia untuk membuktikan dapatan DoJ adalah salah di mahkamah AS.

“Kegagalan Apandi untuk bertindak berhubung perkembangan terbaru itu akan bermaksud peguam negara kita hanyalah jaguh kampung,” katanya dalam satu kiriman blog.

Beliau mengulas kenyataan Peguam Negara AS, Jeff Sessions pada Isnin lalu yang mendedahkan hampir separuh daripada AS$3.5 bilion (RM14.18 bilion) yang dirampas negara itu berkaitan tindakan penguatkuasaan ke atas 1MDB.

Bercakap pada Forum Global mengenai Pemulihan Aset anjuran AS dan United Kingdom di Washington, Sessions menyifatkan isu 1MDB ialah “kleptokrasi paling teruk”.

Katanya, 1MDB ditubuhkan kerajaan Malaysia untuk mempromosikan pembangunan ekonomi jangka panjang demi manfaat rakyat Malaysia, tetapi pegawai dan sekutu mereka yang didakwa korup dilapor menggunakan dana itu untuk perbelanjaan mewah.

Sessions berkata, semua orang tidak kira pendakwa raya, hakim atau penggubal undang-undang bertanggungjawab memperjuangkan kebaikan bersama rakyat.

“Walaupun kita semua mempunyai bidang kuasa terhad, kita harus mengakui kesan daripada tindakan kita boleh dirasai di seluruh dunia. Kami memberi jaminan AS akan berusaha. Dan kami gesa setiap kerajaan memainkan peranan mereka juga.”

Haniff berkata, Apandi sepatutnya mengeluarkan kenyataan rasmi untuk mengecam kenyataan Sessions atau menghantar surat bantahan kepada Kedutaan AS di sini dan meminta permohonan maaf kerana mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dalam dokumen DoJ yang difailkan di mahkamah.

Sessions dilaporkan berkata, pegawai 1MDB didakwa menyeleweng dana lebih AS$4.5 bilion (RM18.24 bilion) “menerusi transaksi rahsia dalam rangkaian rumit dan syarikat kosong dengan akaun bank di negara seperti Switzerland, Singapura, Luxembourg dan AS”.

Dalam pemfailan mahkamah di California pada 5 Jun lalu, DoJ mahu menyita aset berjumlah AS$540 juta (RM2.3 bilion) termasuk karya seni, barang kemas, kapal layar mewah dan hak cipta filem dengan dana yang didakwa diseleweng daripada 1MDB.

Antara aset itu termasuk hak cipta 2 filem komedi “Dumb and Dumber To” yang dibintangi Jim Carrey dan “Daddy’s Home” lakonan Will Ferrell.

Tindakan itu susulan saman sivil DoJ pada Jun 2016 yang mahu mendapatkan kembali semua aset yang tidak terhad kepada Hotel Park Lane di New York, sebuah hotel mewah di Beverly Hills, kondominium di New York, jet persendirian dan karya seni mahal serta pembiayaan dikaitkan dengan filem arahan Martin Scorsese “The Wolf of Wall Street” lakonan Leonardo DiCaprio.

Najib yang merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB sehingga tahun lepas, menafikan sebarang salah laku dan namanya dibersihkan Apandi.

1MDB kleptokrasi paling teruk, kata peguam negara AS

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.