Makan tumbuhan mahal, keldai dipenjara pihak berkuasa India

Makan tumbuhan mahal, keldai dipenjara pihak berkuasa India

Keldai terbabit dibebaskan Isnin selepas seorang ahli politik parti pemerintah Bharatiya Janata (BJP) campur tangan berikutan rayuan oleh pemilik haiwan itu.

keldai-makan-tumbuhan
NEW DELHI: Pihak berkuasa Uttar Pradesh yang terletak di utara India, telah memenjarakan sekumpulan 8 keldai selama 4 hari selepas didapati memakan tumbuhan “mahal” luar kompleks penjara utama negeri itu di daerah Jalaun, lebih 200km dari Lucknow, lapor agensi berita China Xinhua.

“Pelbagai jenis anak pokok ditanam sebagai hiasan bagi mengindahkan premis penjara. Tumbuhan itu dimusnahkan oleh kumpulan keldai tersebut. Oleh itu, saya menangkap kesemua haiwan tersebut,” kata ketua penjara, Sita Ram Sharma, kepada media.

Keldai terbabit dibebaskan Isnin selepas seorang ahli politik dari parti pemerintah Bharatiya Janata (BJP) campur tangan berikutan rayuan oleh pemilik haiwan itu.

“Selama 2 hari saya tidak dapat mencari kuda dan keldai saya. Apabila saya tahu mereka berada dalam penjara, saya telah meminta bantuan pemimpin BJP tempatan untuk membebaskan mereka,” kata Kamlesh S.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.