Feudalisme tidak bantu demokrasi di Malaysia, kata profesor

Feudalisme tidak bantu demokrasi di Malaysia, kata profesor

Syed Farid Alatas juga berkata ahli politik tidak membantu meningkatkan nilai-nilai demokrasi.

Prof-Syed-Farid-Alatas-politik
KUALA LUMPUR: Seorang pakar sosiologi hari ini berkata kekurangan nilai demokrasi dalam kalangan ahli politik Malaysia tidak membantu demokrasi di negara ini.

Prof Syed Farid Alatas, yang mengajar di Universiti Kebangsaan Singapura, berkata ahli politik di Malaysia sebenarnya lebih bersifat feudal.

“Ahli politik kuat merasakan mereka berhak, merasakan mereka mengatasi undang-undang dan mempunyai keistimewaan,” katanya pada sidang antarabangsa anjuran Istanbul Network, badan pemikir yang tumpu kepada mempromosikan nilai demokrasi di dunia Islam.

Anak kepada sarjana terkemuka dan pengasas Gerakan, Prof Syed Hussein Alatas, itu berkata feudalisme suatu masalah kerana ia boleh mempengaruhi rakyat.

“Feudalisme ditunjukkan melalui pandangan ahli politik dan pandangan ini kemudian tersebar luas dalam kalangan rakyat dan mewarnai pandangan mereka terhadap pemerintah.”

Tetapi Farid menerima baik minat aktivis dan sarjana untuk berbincang tentang feudalisme.

“Dalam tahun kebelakangan ini, semakin ramai orang membincangkan feudalisme dan semakin ramai aktivis dan sarjana menulis tentangnya di media sosial dan media.”

“Mereka juga kembali kepada karya sarjana yang ditulis pada era 60-an dan 70-an dan ini sesuatu yang baik.”

Menurut Farid, Islam turut juga ditafsir secara feudal oleh ahli politik, dan bukan daripada sifat egalitanisme agama itu.

Beliau memberi contoh dekri mematuhi pemerintah.

“Ini tidak dijelaskan mengikut konteks. Ianya seolah-olah Islam menyuruh kamu untuk mematuhi pemerintah walaupun pemerintah itu menindas atau korup,” katanya.

Akademik universiti Singapura dakwa Malaysia di ambang aparteid

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.