
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, suspek dibawa oleh ayahnya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPD) Kuching jam 2.30 petang tadi setelah mendapat tahu polis sedang mengesan anaknya.
“Polis telah merampas seunit telefon bimbit milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik komen ugutan itu.
“Remaja itu dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan diambil darinya,” katanya dalam kenyataan di sini.
Dev berkata, setakat ini, polis menerima 7 laporan mengenai komen berunsur ugutan itu.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.