
Majlis Bandaraya Miri (MCC) dalam kenyataan hari ini berkata kawasan lereng bukit yang runtuh akibat hakisan itu ditutup dengan membran plastik untuk mencegah hakisan selanjutnya dan menstabilkan keadaan tanah selepas Jabatan Kejuruteraan MCC melakukan pemeriksaan tapak.
“Selain itu, MCC juga akan mengeluarkan sebut harga dengan kadar segera kepada kontraktor untuk memasang dinding penahan di kawasan yang terjejas,” katanya.
Menurutnya, MCC turut memasang papan tanda dan kon trafik untuk perhatian pengguna jalan raya di kawasan terjejas.
MCC akan terus menilai dan memantau keadaan di lokasi itu untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya sehingga rancangan baik pulih jangka panjang dilaksanakan.
Canada Hill menempatkan telaga minyak ikonik diberi nama “The Grand Old Lady” iaitu telaga minyak pertama diusahakan di Miri pada 1910 oleh Shell dan terletak bersebelahan dengan Muzium Sains Petroleum.