Denda RM10,000 pasang piring parabola haram di rumah

Denda RM10,000 pasang piring parabola haram di rumah

Kelengkapan komunikasi seperti dekoder dan piring parabola itu menyalahi undang-undang.

law_dekoder_600
SEREMBAN:
Seorang peniaga didenda RM10,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas kesalahan menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui.

Chook Soon Hup, 38, mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Fairuz Mohd Puzi.

Mengikut kertas pertuduhan, Chook didakwa menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui iaitu seunit Digital Satellite Receiver (dekoder), seunit piring parabola antena dan 3 unit LNB (penukar turun blok berhingar rendah) jenama SMARTSAT.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di rumahnya di Taman Sentosa, Port Dickson pada 12.30 tengah hari, 3 September 2015.

Chook melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, yang dibaca bersama Peraturan 16 (1)(b) peraturan yang sama, memperuntukkan hukuman di bawah Peraturan 37 iaitu denda tidak melebihi RM100,000, atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Fairuz kemudiannya mengenakan denda RM10,000 terhadap Chook, atau penjara 2 bulan jika gagal membayar denda.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Norhani Mohamad Adzhar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.