
Polis terpaksa mengepung resort di daerah Singhanakorn Songkhla untuk menangkap Charnchai Borisut, 37, atau lebih dikenali sebagai Sua Tao.
Selepas berunding selama 10 minit, lelaki bersenjata itu menyerah diri.
Semasa tangkapan dilakukan, seorang wanita turut berada di dalam bilik bersama penjenayah tersebut.
Polis turut menemui beberapa butir peluru dibuang ke dalam lubang tandas dan telefon mudah alih yang pecah.
Charnchai, mempunyai 7 waran tangkap daripada 2007 hingga 2015 dan didakwa terbabit dalam satu pembunuhan membabitkan ketua wilayah Wat Chan pada 2013.