
Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu terhadap A Kesavan, 26, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencederakan kepala B Vekaneswari, 29, dengan menggunakan tukul besi di sebuah rumah di Kelana Jaya, pada 2.30 petang, 3 Oktober lepas.
Bekas pemandu bas itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana 2 daripada hukuman tersebut.
Terdahulu, tertuduh merayu kepada mahkamah supaya dikenakan hukuman berbentuk denda yang ringan dengan alasan dia telah insaf, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran.
Mengikut fakta kes, ketika mangsa berada di rumah, tertuduh memaksanya berkahwin, namun wanita itu enggan lalu tertuduh bertindak memukulnya dengan tukul besi.