
Beliau berkata, pergaduhan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai itu melibatkan rakannya, tetapi akhirnya CEO itu turut ditahan pihak berkuasa Dubai.
“Lelaki berkenaan ditahan bukan kerana kesalahan dadah seperti dakwaan beberapa laporan portal tempatan.
“Sekarang, kami tunggu maklumat lengkap daripada pihak berkuasa Dubai dan kami sedang menyiasat kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Media tempatan melaporkan CEO itu kembali ke tanah air pada Selasa lepas.