Putera Charles kagum lihat kekayaan warisan negara

Putera Charles kagum lihat kekayaan warisan negara

Putera Charles dan isteri tiba di ibu negara semalam bagi lawatan rasmi ke Malaysia, salah satu destinasi dalam Jelajah Musim Luruh Diraja.

prince-charles
KUALA LUMPUR: Pewaris takhta Britain, Putera Charles memulakan lawatan sulung ke Malaysia hari ini dengan menzahirkan kekagumannya terhadap kekayaan budaya warisan dan kepelbagian kaum di negara ini.

“Saya harus mengatakan saya sentiasa terpesona dengan kekayaan budaya, agama dan kepelbagian kaum di Malaysia… jika saya berkata demikian, ia sesuatu yang perlu dihargai dan diraikan,” kata Putera Wales itu pada majilis resepsi anjuran Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

“Saya tidak dapat bayangkan betapa gembiranya berada di Malaysia buat pertama kali dan pada waktu sambutan ulang tahun ke-60 kemerdekaan Malaysia,” katanya pada majis rasmi pertama sempena lawatan seminggu bersama isteri, Camilla, Duchess of Cornwall.

Mereka berdua tiba di ibu negara semalam bagi lawatan rasmi ke Malaysia, salah satu destinasi dalam Jelajah Musim Luruh Diraja.

Majis resepsi tersebut diadakan di Muzium Kesenian Islam, berhampiran Masjid Negara.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.