
Mohamed Hanipa Maidin berkata Najib boleh disapina untuk memberi bukti bagi pihak Hadi atau Calre.
“Ini kerana saman oleh Hadi dan saman balas oleh Clare membabitkan perdana menteri,” katanya ketika ditemui di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi hari ini.
Ahli Parlimen Sepang itu tampil mengiringi Timbalan Setiausaha Agung Amanah Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus memfailkan permohonan quarranto untuk mengisytiharkan pelantikan Ketua Hakim Negara Raus Sharif sebagai tak berperlembagaan.
Beliau berkata Malaysia mengamalkan keterangan saksi tetapi di sana Najib akan dikenakan soal balas yang panjang dan hebat.
“Di England, saman fitnah juga akan didengarkan di hadapan juri,” katanya.
Hadi memfailkan saman di Mahkamah Tinggi London pada April susulan artikel yang ditulis Clare pada 6 Ogos tahun lepas.
Sarawak Report menaikkan artikel 8 perenggan yang mendakwa RM90 juta “dikatakan” dimasukkan ke dalam akaun pimpinan kanan PAS untuk memikat mereka menyokong Umno dan Barisan Nasional.
Clare, dalam pembelaan terhadap saman Hadi, berkata Hadi tidak dinamakan atau dikenalpasti dalam mana-mana kenyataan dalam artikel itu.
Editor Sarawak Report itu, yang memfailkan tuntutan balas bulan lepas, berkata Hadi mahu mecemarkan nama baik beliau dan Sarawak Report yang berkempen untuk menyingkir dan membawa Najib ke mahkamah untuk menjawab dakwaan rasuah dan kelakuan jenayah.
Dalam kertas mahkamah yang diliihat FMT, Clare berkata Hadi, sama ada secara sendiri atau ejen, terbabit dengan penerbitan beberapa siri artikel, yang mempunyai unsur perkauman, memfitnah dan mengganggu beliau di laman sesawang Third Force dan Malaysia Today.
Dalam dokumen itu, beliau mengaitkan Najib kepada skandal kewangan 1MDB, urusjanji kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, pendakwaan liwat Anwar Ibrahim, rasuah dan politik wang pada pilihan raya umum 2013.
Claire juga menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 pegawai PAS dari kumpulan ulama yang didakwa menerima wang yang disumberkan daripada 1MDB.
Beliau berkata saman Hadi melanggar haknya dan kebebasan bersuara orang ramai, terutamanya dalam perbincangan tentang perkara politik.
Sementara itu, Hanipa berkata tiada orang ada boleh menuntut permohonan maaf daripada bekas presiden Badan Peguam Ambiga Sreenevasan berhubung pendedahan dalam dokumen mahkamah yang mengatakan beliaulah sumber maklumat mendakwa pemimpin PAS menerima wang daripada Najib.
Di Facebook, Hanipa berkata pemimpin yang bersekutu dengan Hadi mesti bersabar kerana perbicaraan belum bermula.
“Apa yang didedahkan di mahkamah adalah rayuan yang difailkan peguam Clare bagi menjawab saman Hadi dan tuntutan balasnya. Perkara itu perlu dibuktikan semasa perbicaraan,” katanya.
Hanipa berkata sekarang ini peguam Clare tidak akan mendedahkan apa-apa kerana mereka tertakluk kepada keistimewaan anak guam-peguam.
Hanipa sempat membidas pemimpin PAS dan berkata orang yang jahil patut duduk diam dan tidak menunjukkan kejahilan mereka.
Semalam, Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata Ambga tidak boleh berdiam diri kerana reputasi beliau sebagai seorang aktivis yang memperjuangkan integriti.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu mahu beliau memohon maaf kepada mengaitkan pemimpin PAS.
Turut menyertai kritikan itu ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang mencabar Ambiga mendedahkan sumbernya berhubung dakwaan berkaitan dana 1MDB dan PAS.
Ambiga enggan mengulas tetapi peguam R Kengadharan menyokong beliau dan berkata tuntutan maaf itu sama seperti mengganggu seorang saksi.