Kasut tumit RM64 juta bakal milik keluarga di Dubai

Kasut tumit RM64 juta bakal milik keluarga di Dubai

Kasut tumit tinggi itu dihiasi 2 berlian merah jambu 3 karat dan 2 berlian biru 1 karat yang setiapnya berharga lebih AS$128,000 (RM542,411) selain sejumlah lagi berlian.

kasut_debbie-wingham
fmt-ohsem-inside-article1Pereka fesyen terkenal Debbie Wingham tampil dengan rekaan terbarunya iaitu sepasang kasut tumit tinggi yang buat masa ini memegang rekod sebagai kasut tumit tinggi termahal di dunia.

Debbie sememangnya seorang pereka yang popular dalam menghasilkan rekaan termahal dan unik, misalnya pakaian termahal dunia dihiasi berlian hitam 50 karat pada tahun 2012 serta sepasang abaya termahal dengan berlian merah pada 2013.

Selepas 4 tahun berehat, Debbie kembali dengan kasut tumit tinggi termahal dihiasi logam berharga dan permata jarang ditemui.

Menurut Daily Mail, kasut tumit tinggi itu dihiasi 2 berlian merah jambu 3 karat dan 2 berlian biru 1 karat yang setiapnya berharga lebih AS$128,000 (RM542,411) selain sejumlah lagi berlian.

Zipnya pula diperbuat daripada emas manakala kulit diwarnakan dengan cat emas 24 karat serta dijahit dengan benang emas 18 karat.

The National UAE pula melapor, Debbie dijangka membawa kasut tersebut ke Raffles Dubai untuk pameran singkat sebelum diserahkan kepada pelanggan di Dubai.

Kasut yang bernilai AS$15.1 juta (RM64 juta) bakal dijadikan hadiah hari jadi ahli keluarga itu.

Terkenal dalam kalangan selebriti, kerabat diraja dan golongan kaya, rekaan Debbie banyak ditempah golongan tersebut khususnya jutawan dari negara Timur Tengah.

Sebelum ini, rekaan jubah yang berharga AS$15.45 juta (RM65.47 juta) dan kek bertatah berlian bernilai AS$64 juta (RM271 juta), juga ditempah pelanggan dari UAE.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.