58% ubat di hospital kerajaan ubatan generik, kata timbalan menteri

58% ubat di hospital kerajaan ubatan generik, kata timbalan menteri

Beliau berkata ubatan genetik selamat untuk diambil selepas pemeriksaan kerajaan ke atas ubatan yang dibeli.

dr-hilmi-medicine
KUALA LUMPUR: Sehingga 58% ubatan yang diagihkan hospital dan klinik kerajaan adalah ubatan generik, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya kepada Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata sedemikian berhubung isu peruntukan yang berkurangan untuk barangan guna habis (consumables) dalam bajet tahun ini, yang mana kebanyakannya juga sama dalam Bajet 2018.

“Kerajaan akan sedaya upaya menggunakan ubat generik sebanyak mungkin. Kami menggunakan sehingga 58% ubatan generik sekarang. Yang lain adalah ubat rekaan atau ubat asli.”

Sambil menambah yang terdapat 3 kelas ubatan yang dibeli dari luar negara, Hilmi berkata kerajaan hanya membeli ubat yang diperiksa terlebih dahulu.

“Kerajaan pastikan ubat dibeli adalah baik dan telah diuji dan tidak hanya dibeli mengikut gerak hati,” katanya semasa sesi soal jawab.

G Manivannan (PKR-Kapar) bertanya tentang ubatan generik diberikan kepada pesakit hospital kerajaan walaupun sesetengah doktor memberi amaran ubat sedemikian mungkin meningkatkan kesan sampingan.

Respons Hilmi juga adalah susulan laporan FMT yang memetik pelbagai sumber menghubungkan kekurangan dana kepada kekurangan ubatan dan kekurangan reagen untuk ujian dijalankan di hospital kerajaan.

Bercakap hari ini, timbalan menteri memperakui terdapat aduan pesakit mengenai kekurangan ubat diagihkan di hospital tetapi beliau mengatakan ianya untuk mengurangkan pembaziran.

“Benar sebelum ini kami biasanya agihkan ubatan untuk tempoh 3 bulan kepada pesakit dan kini kami sudah mengurangkannya kepada tempoh 1 bulan untuk menangani pembaziran.

“Terdapat banyak pembaziran ubat dalam kalangan pesakit. Contohnya, seseorang tinggal di Balik Pulau yang ke Kapar mungkin akan minta ubatan lebih,” katannya.

Beliau bagaimanapun menegaskan yang ubatan generik selamat untuk diambil.

“Tiada isu tentang kerajaan mengambil risiko memilih kualiti ubat lebih rendah kerana semua ubatan ini sudah diperiksa terlebih dahulu.

“Farmasi memastikan sebarang ubatan yang dimasukkan ke Malaysia mesti dikaji dahulu dan kami akan lihat semua rekod semasa dan menyelidikinya. Biasanya kami akan ambil masa 245 hari bekerja sebelum sebarang ubatan boleh memasuki negara.

“Kualiti ubat yang dijual di Malaysia haruslah terjamin, dan keselamatannya juga harus terjamin.”

Dr Hilmi juga menyenaraikan inisiatif kerajaan untuk memastikan harga ubat berpatutan di negara.

Beliau berkata ini termasuklah mengawasi harga dan peruntukan senarai harga untuk rujukan pengguna di laman web farmasi.

“Kami ambil maklum tentang 244 jenis ubatan di mana harga untuk 83 daripadanya naik dan 131 turun,” tambahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.