
Beliau berkata, sebagai permulaan 50 kedai akan dijadikan KR1M 2.0 tahun depan dan diperluaskan kepada 3,000 dalam tempoh 3 tahun.
“KR1M 2.0 akan menyediakan 5 barang keperluan asas dengan harga rendah iaitu beras, gula, minyak masak, tepung dan gas LPG.
“Di samping itu, 50 jenis barangan pengguna berjenama dijual pada harga lebih rendah daripada pasaran,” katanya semasa membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.
KR1M yang diilhamkan Najib, dirasmikan pada Jun 2011 bertujuan mengurangkan beban rakyat, selain membantu memasarkan produk pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.
Pada 29 Julai lalu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menamatkan kontrak pengendali KR1M yang didapati menjual barang lebih mahal daripada harga pasaran.
Zahid berkata, kerajaan tidak mahu syarikat berkenaan membekalkan barang dan mengendalikan operasi KR1M lagi kerana pembungkusan serta pengedaran barangnya berkualiti rendah, tetapi dijual pada harga lebih mahal.
Pengendali KR1M, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), selepas itu mendakwa syarikat itu mengalami kerugian besar mengendalikan KR1M yang merupakan projek tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).
Pengarah Urusan Datuk Ameer Ali Mydin bagaimanapun berkata, projek berkenaan diteruskan juga demi manfaat rakyat, walaupun banyak yang diperkatakan mengenai kegagalan operasi KR1M.