
Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap Tang Moy Lan selepas dia mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada Lans Koperal Mohamad Yusoff Abdullah, 56, dengan bayaran RM100 untuk sekali perkhidmatan itu.
Kesalahan itu dilakukan di kaki lima kedai pakaian Hari-Hari, Jalan Petaling pada 10.40 malam Selasa lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun gagal membayar denda itu.
Terdahulu, ketika diminta mengemukakan rayuan oleh Zuhair, tertuduh hanya menggelengkan kepalanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mohd Ashif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh.