
Menurut sumber, lelaki berumur 33 tahun yang juga seorang ahli perniagaan itu ditahan kira-kira 5.15 petang tadi, ketika hadir memberi kenyataan di pejabat SPRM Sabah.
Sumber itu berkata, ahli perniagaan berkenaan tidak mempunyai sebarang jawatan dalam politik.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.
Dengan penahanan itu, jumlah individu yang ditahan SPRM, termasuk yang sedang direman dan dibebaskan dengan ikat jamin SPRM setakat ini ialah 8 orang.