Tempoh reman Zamihan dilanjut 1 hari

Tempoh reman Zamihan dilanjut 1 hari

Presiden Aswaja itu disiasat kerana kenyataan yang didakwa mengkritik Sultan Johor dan masyarakat bukan Islam.

Wan-Ahmad-Najmuddin_Zamihan-Mat-Zin_600
KUALA LUMPUR:
Tempoh reman Zamihan Mat Zin yang disiasat kerana kenyataan yang didakwa mengkritik Sultan Johor dan masyarakat bukan Islam dilanjutkan untuk 1 hari lagi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd mengesahkan perkara itu tanpa mengulas lanjut.

“Reman Zamihan ditambah 1 hari lagi. Dia masih ditahan,” katanya ketika ditemui di Padang Kawad Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara hari ini.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) itu ditangkap kelmarin dan ditahan reman selama 2 hari berakhir hari ini, berikutan kontroversi video kuliahnya yang disampaikan di sebuah masjid di Shah Alam Ahad lepas.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.

Tidak lama kemudian Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata Zamihan dirujuk ke lembaga tataterib berhubung isu yang sama, manakala Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Haris Kasim dilaporkan mengeluarkan surat melarang Zamihan memberikan kuliah di masjid dan surau di Selangor.

Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun berkata reman Zamihan akan dilanjutkan sehingga selesai siasatan.

“Masih dalam reman kita. Kalau perlu tahan kita tahan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.