Lagu pertama Zizi Kirana sindir ‘Datuk gatal’ dan ‘lelaki miang’

Lagu pertama Zizi Kirana sindir ‘Datuk gatal’ dan ‘lelaki miang’

Zizi akui terkejut membaca lirik yang diberikan W.A.R.I.S kepadanya.

zizi-kirana-boleh-jalan
fmt-ohsem-inside-article1Penyanyi baharu, Zizi Kirana dikenali kerana cara berpakaiannya yang lebih seksi dan agak terdedah.

Namun, dia berulang kali berkata tidak peduli dengan kecaman itu.

Menariknya, lagu rap pertama dan terbaru Zizi, “Boleh Jalan” yang turut menyentuh isu berkenaan bukan sahaja disukai netizen malah sedang viral di laman sosial.

Baru 15 hari lagu berjudul “Boleh Jalan” dikongsi di laman sosial Youtube, hari ini ia sudah pun menerima lebih 320,000 tontonan selain 700 komen, rata-rata meminati lirik lagu yang dikatakan benar-benar berani dan di luar aliran teras.

Liriknya terlalu lantang dan kasar, dicipta sebagai sindiran dan membalas mereka yang mengecam Zizi berhubung isu pakaian seksinya.

Bagaimanapun Zizi juga akui dia sendiri terkejut membaca lirik yang diberikan oleh W.A.R.I.S kepadanya.

“Ramai yang fikir lagu tersebut sindiran kepada mereka yang pernah kecam saya kerana isu berpakaian seksi sebelum ini. Kalau nak tahu, lagu tersebut turut menyentuh mengenai banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita terutamanya keyboard warrior yang ada saja tak kena di mata mereka.

“Tapi tak apalah, kalau haters kata saya perli mereka terpulanglah, siapa yang makan cili, dia terasa pedas,” katanya petik MStar.

Lirik lagu itu berbunyi “Datuk gatal”, “lelaki miang”, “ku tayang lurah tapi bukan murah”, “aku tak peduli”, “bini menopaus” dan sebagainya agak berbunyi berani.

Namun, rata-rata netizen yang memberi komen didapati menyukai lirik selain menyokong rapper wanita seperti Zizi.

Zizi juga tidak bimbang dengan sifat lirik itu kerana baginya, ia bertepatan dan akui bersedia menerima hakikat jika stesen radio mengharamkan lagu itu.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.