
Datuk Abd Zarin Mohd Yasin berkata beliau akan dihadapkan di Mahkamah Tinggi Klang esok berhubung sebuah muat naik berkaitan tuduhan yang dibuatnya terhadap Exco Puteri Umno, Mimie Hariane Alias.
Dipercayai posting yang dimaksudkannya adalah mengenai tuduhan yang dibuatnya terhadap Exco Puteri Umno, Mimie Hariane Alias sebagai GRO.
Posting berkenaan bagaimanapun dipadam Zaharin.
Mimie sebelum ini membuat laporan polis terhadap Zaharin pada 8 Oktober tahun lalu.
Zaharin pernah disiasat atas beberapa posting laman sosial miliknya, termasuklah yang menyentuh institusi kesultanan Johor.
Beliau pernah direman selama 3 hari bagi membantu siasatan kerana kenyataannya berhubung kemalangan remaja berbasikal di Johor.
Dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam di Johor itu, 8 remaja berbasikal pada lewat malam terbunuh selepas dilanggar pemandu kereta.