Zenith tumpu projek jalanraya, terowong P Pinang tidak mendesak

Zenith tumpu projek jalanraya, terowong P Pinang tidak mendesak

Syarikat itu berkata projek terowong itu hanya akan bermula pada 2023.

Lebuhraya-Air-Itam
GEORGE TOWN:
Syarikat yang diberi tanggungjawab untuk membina terowong dasar laut dan 2 jalanraya utama bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang berkata mereka akan mengutamakan pembinaan 2 jalan raya utama itu.

Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, seorang pengarah eksekutif kanan di Consortium Zenith Construction Sdn Bhd berkata terowong dasar laut itu tidak mendesak kerana pembinaan dirancang bermula pada 2023.

Dua jalan raya utama yang dicadangkan itu ialah Lebuhraya Air Itam-Tun Dr Lim Chong Eu dan Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara menghubungkan Tanjung Bungah dan Teluk Bahang. Laporan penilaian kesan kepada alam sekeliling dijangka diluluskan tidak lama lagi.

Terowong dasar laut sepanjang 7.2km akan menghubungkan Jalan Pangkor, George Town dan Bagan Ajam, Butterworth.

Zarul berkata kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut itu sudah 92.9% siap.

“Projek terowong itu hanya akan bermula pada 2023, jadi tidak ada keperluan mendesak untuk segera menyiapkan kajian kebolehlaksanaan itu.

“Kajian itu akan menanggung kos yang lebih banyak bagi kita, dan kerajaan negeri tidak akan membayar kita sehingga kita telah menyelesaikan pekerjaan kita mengikut jadual.

“Kajian itu akan menyebabkan kami menanggung kos lebih banyak, dan kerajaan negeri tidak akan membayar kami sehingga kerja diselesaikan mengikut jadual.

“Kami sudah beritahu exco Pulau Pinang bahawa kami tidak mahu membazirkan masa melakukan kajian kebolehlaksanaan ketika ini,” kata Zarul pada sidang media di Komtar hari ini.

Turut hadir Pengerusi Zenith Construction Azmi Khalid, bekas menteri dalam negeri dan menteri sumber asli dan alam sekitar dari 1999 hingga 2008.

Sementara itu, Zarul berkata Zenith sudah mengarahkan peguam untuk melihat kemungkinan menyaman pihak yang membuat kenyataan palsu dan mendatangkan kesan buruk mengenai projek jalan raya dan terowong itu.

Ditanya sama ada pengkritik itu termasuk Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof, Zarul berkata “tidak semestinya”.

“Peguam kami sedang melihat kenyataan yang dibuat oleh pelbagai pihak, dan kami akan mengambil tindakan sewajarnya.”

Exco Kerja Raya Lim Hock Seng berkata kerajaan negeri bersetuju dengan keputusan Zenith mengenai kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut itu.

“Kami mendengar pandangan konsortium. Kami berpendapat keutamaan ialah menyegerakan 2 projek jalan raya itu,” katanya.

Mengenai kenyataan Fadillah berkenaan terowong dasar laut, Lim mengignatkan Fadillah yang menimbulkan idea “jambatan ketiga” kerana kosnya kurang.

Beliau berkata ketua menteri memberitahu Fadillah bahawa kerajaan negeri boleh menerima idea itu, asalkan kelulusan diberikan lebih awal.

Lim beliau berkata “beberapa bahagian” daripada kajian kebolehlaksanaan terowong itu boleh digunakan untuk cadangan jambatan ketiga.

“Kami berulang kali tanya bolehkah kami mendapat persetujuan menter kerja raya, tetapi sebaliknya mereka meminta kajian kebolehlaksanaan.

“Sia-sia sahaja kalau kami selesaikan kajian itu dan kemudian ditolak kementerian. Sebab itu kami minta persetujuan. Dengan cara ini, kami akan ada kepastian,” kata Lim.

Fadillah baru-baru ini berkata mereka belum menerima “satu halaman pun” kajian kebolehlaksanaan yang “dijanjikan oleh kerajaan Pulau Pinang” 18 bulan lepas.

Fadillah juga berkata tahun lepas kerajaan negeri menghantar permohonan kepada kementerian memohon persetujuan untuk jambatan ketiga tanpa melampirkan dokumen sokongan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.