
Pengarah Eksekutif SIS Rozana Isa berkata kematian Kassim diratapi bukan sahaja oleh ahli keluarga dan kawan-kawan beliau, tetapi juga mereka yang mengikuti karya yang mengikut jalan berbeza daripada pemikiran arus perdana, dan perjuangan melawan penggunaan kuasa yang sewenang-wenang.
“Beliau mempertahankan banyak idea dan prinsip sepanjang hayatnya – keadilan, kebebasan berfikir dan bersuara, dan kebebasan beragama.
“Beliau menunjukkan keberanian dan daya tahan ketika berada di titik rentan,” katanya.
Kassim tahun lepas didakwa di mahkamah kerana menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Syariah kemudian membebaskan dan melepaskan beliau selepas mengarahkan pertuduhan ditarik balik.
Kassim meninggal dunia 10.00 pagi tadi, kurang daripada 24 jam selepas berada dalam keadan koma di Hospital Kulim, Kedah.
Anaknya, Ahmad Shauqi mengesahkan Kassim dimasukkan ke hospital untuk rawatan jangkitan paru-paru dan injap jantung tersumbat pada 16 September.
Shauqi dilaporkan berkata bapanya mengalami kesukaran bernafas malam semalam dan perlu menggunakan topeng bantuan pernafasan.
Rozana berkata Kassim meninggalkan warisan hebat melalui sumbangan intelektual dan penulisan mengenai agama, politik dan falsafah.
Penulian beliau akan terus menjadi ilham untuk generasi akan datang dan Rozana menambah perjuangan Kassim harus diteruskan.
“Semoga beliau bersama mereka yang Tuhan muliakan,” katanya.