
Sehubungan itu, menteri besar Selangor mempersoalkan tindakan-tindakan dibuat oleh Jamal terhadap kerajaan negeri kebekalangan ini.
“Dalam suasana kita bekerja kuat untuk tolong rakyat, ada yang mabuk menyerang pejabat SUK setiap minggu, pecah botol, pakai tuala. Ni apa punya kerja?
“Rakyat susah di bawah, rakyat nak rumah, rakyat nak pekerjaan, rakyat nak ekonomi ditingkatkan. Bukan rakyat nak budaya samseng dan rakyat tidak mahu politik longkang,” kata beliau semasa berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Skim Smart Sewa di sini hari ini.
Kelmarin, Jamal membawa sebanyak 10 kotak berisi kira-kira 100 botol minuman keras ke pekarangan SUK Selangor sebagai simbolok bantahan terhadap penganjuran sebarang pesta arak di Selangor.
Bagaimanapun, Jamal dan 7 lagi lelaki lain ditahan polis selepas menerima aduan daripada pengawal keselamatan di Bangunan SUK.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai perhimpunan haram dan juga Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kemudaratan awam.
Mengulas lanjut, Azmin berkata rakyat Selangor mahu pemimpin yang dipilih bekerja untuk mereka.
“Dan ini lah janji saya kepada rakyat Selangor, saya akan bekerja kuat untuk membantu ekonomi negeri ini,” katanya.
Menurut Azmin, walaupun Jamal memecahkan sehingga 20 botol arak atau memakai tuala berarak di lebuh raya tetapi Selangor tetap maju.