
Tuduhan ini kurang daripada 2 bulan selepas mereka diberi pelepasan tanpa pembebasan pada Ogos lalu selepas meminta dibicarakan pada 8 September 2015 bersama koordinator Jingga 13 Fariz Musa, kerana menyertai tunjuk perasaan #KitaLawan pada petang 28 Mac 2015.
Tuduhan itu di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman.
Peguam Vince Tan yang mewakili Mandeep Singh, berkata mereka meminta dibicarakan lagi sekali sebelum majistret Ahmad Solihin Abd Wahab dan mahkamah menetapkan 3 November sebagai tarikh sebutan seterusnya.
“Pada awalnya, timbalan pendakwa raya (Mohd Safarizal Zakaria) meminta jaminan RM5,000 untuk setiap orang dengan satu penjamin.
“Tetapi kami mempertikaikan yang jaminan RM500 sebelum ini patut dikekalkan dan majistret bersetuju,” katanya.
Ketika dihubungi FMT, Mandeep berkata menuduh dirinya, Maria dan Sim lagi sekali adalah penyalahgunaan badan kehakiman.
“Kami diberi pelepasan pada 28 Ogos kerana timbalan pendakwa raya tidak menghadiri hari pertama perbicaraan.
“Kerana kegagalan mereka, kami menjadi mangsa sistem yang tidak adil,” katanya.
Mandeep berkata mereka tidak akan takut dan akan mencabar tuduhan itu.
Selain mereka bertiga, aktivis Adam Adli, Rozan Azen Mat Arep dan Adun PKR Chang Lih Kang dan Lee Chean Chung juga minta dibicarakan atas tuduhan sama.
Maria, Mandeep, Adam dan Fariz sebelum ini mencabar keesahan PAA di Mahkamah Persekutuan tetapi mahkamah itu enggan mendengar kes mereka kerana tiada fakta prosiding daripada mahkamah majistret untuk memutuskan keperlembagaan peruntukan itu.
Tunjuk perasaan itu meyaksikan ribuan peserta berkumpul di Jalan Tun Perak berdekatan Dataran Merdeka dan berarak ke kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Perhimpunan itu membantah sabit kesalahan Anwar Ibrahim sebulan sebelum itu dan pelaksanaan GST yang bakal berlaku.