
Hakim Datuk Mohd Sofian Abdul Razak dalam membenarkan rayuan kerajaan mendapati ada kes prima facie, dan berkata Mahkamah Majistret salah dalam membebaskan Bilqis tanpa dipanggil untuk membela diri tahun lalu.
Pada 1 Julai tahun lepas, Majistret Muhamad Faizal Ismail menggugurkan kes terhadap Bilqis kerana pendakwaan tidak dapat membuktikan beliau berniat mencetuskan kemarahan.
Bilqis didakwa kerana berkelakuan dengan cara menghina dengan tujuan mencetuskan kemarahan yang menyebabkan gangguan, yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM100 jika sabit kesalahan.
Peguamnya, Eric Paulsen berkata anak guamnya akan memberikan keterangan bersumpah apabila perbicaraan bersambung kelak.
“Kami kecewa dengan keputusan itu, bagaimanapun kami akan membela diri untuk melawan pertuduhan,” katanya.
Bilqis, anak perempuan arkitek terkemuka, Hijjas Kasturi, dituduh melepaskan belon dari tingkat 5 pusat membeli-belah Pavilion di Bukit Bintang pada 31 Ogos, semasa Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri sebuah pesta seni di tingkat bawah.
Belon mengandungi perkataan “demokrasi”, “media bebas” dan “keadilan” dijatuhkan sehari selepas perhimpunan Bersih 4.0.
Sofian berkata belon itu jatuh di belakang layar gergasi di mana Najib, Rosmah, diplomat asing dan penonton menyaksikan persembahan tarian.
Katanya, keselamatan menjadi lebih ketat apabila VIP menghadiri sesuatu acara kerana bimbang sesuatu boleh berlaku.
“Tidak ragu-ragu perkataan itu bertentangan dengan apa yang sedang dilakukan oleh pentadbiran sekarang.
“Pelepasan belon mengganggu keamanan awam dan kemungkinan majlis terpaksa dibatalkan.
Katanya, perbuatannya juga merupakan penghinaan yang mengancam ketenteraman awam.