Bomba ambil masa sebulan periksa pusat tahfiz seluruh negara

Bomba ambil masa sebulan periksa pusat tahfiz seluruh negara

Pihak bomba meminta semua pihak termasuk Jabatan Agama Islam menyalurkan maklumat berkaitan pusat tahfiz tidak berdaftar bagi mengelak insiden di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berulang.

Wan-Mohd-Nor-Ibrahim-Bomba-ambil-masa-sebulan
CAMERON HIGHLANDS: Bomba memerlukan masa sekurang-kurangnya sebulan bagi membuat pemeriksaan dan mengesan permasalahan semua pusat tahfiz berdaftar seluruh negara.

Tanpa menyatakan jumlah sebenar pusat tahfiz yang berdaftar, Ketua Pengarah Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata jabatan berkenaan turut memberi maklum balas kepada Kabinet dari semasa ke semasa mengenai perkara berkaitan.

Pada masa sama, katanya, pihak jabatan menghadapi kesukaran mendapatkan maklumat untuk mengesan pusat tahfiz tidak berdaftar seluruh negara bagi pemeriksaan keselamatan bangunan.

“Oleh itu, kita minta semua pihak termasuk Jabatan Agama Islam supaya menyalurkan maklumat berkaitan pusat tahfiz tidak berdaftar bagi mengelak insiden di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berulang.

“Kita akui memang terdapat kesukaran. Ini kerana senarai tahfiz tidak berdaftar tiada dalam rekod Jabatan Agama Islam dan sememangnya kita memerlukan masa,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Ringlet yang disempurnakan Exco Perumahan dan Perbandaran Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.